SELAMAT DATANG

WELCOME TO MY BLOGGER

flash

Wednesday, 12 July 2017

PERBEZAAN TAKAFUL & INSURANS







KEPENTINGAN INSURANS








       

SEJARAH INSURANS

Konsep insurans telah wujud sejak tahun 2800 Sebelum Masehi. Konsep insurans telah digunakan oleh saudagar-saudagar di Eropah untuk menjaga kepentingan perniagaan dan harta mereka. Ada rekod-rekod sejarah menunjukkan insurans telah digunakan seawal-awal masa tamadun Babylon. (MII, 1987). Konsep insurans telah diperkenalkan di Malaysia oleh pendatang-pendatang Inggeris seawalnya pada kurun ke-18. Industri insurans di Malaysia telah berkembang dan diperkemaskan sistemnya selepas kemerdekaan Tanah Melayu. Kerajaan telah menggubal dan meluluskan Akta Insurans 1963 bagi tujuan mengawasi dan menyelia industri insurans. Dengan penguatkuasaan akta tersebut, seorang Ketua Pengarah Insurans telah dilantik dan Gabenor Bank Pusat(Bank Negara) ialah Ketua Pengarah Insurans. (Insurance Act, 1963: Section 35).

Insurans berfungsi sebagai satu cara sekumpulan individu membuat “kutu” bagi meringankan beban kewangan individu dan mengurangkan risiko kesulitan perbelanjaan (Mohammad Muslehuddin, 1988). Menurut Dinsdale dan McMurdie (1993), fungsi utama insurans ialah untuk menanggung risiko iaitu penanggungan kerugian kewangan individu dan entity yang diagih-agihkan secara rata kepada beberapa orang.

Wednesday, 5 July 2017

JENIS INSURANS








                            JENIS-JENIS INSURANS

  1. Insurans terbahagi kepada 2 jenis iaitu insurans am dan insurans hayat.

     2.  Insurans Am merangkumi :-
  •    Insurans kemalangan
  •    Insurans kebakaran
  •    Insurans marin/penerbangan
  •    Insurans lain
  
     3.  Insurans Hayat
  •   Insurans hayat seumur hidup
  •   Insurans Endowmen
  •   Insurans hayat sementara

PENGENALAN INSURANS

 

                    PENGENALAN MENGENAI INSURANS


Insurans adalah pemindahan risiko daripada seorang individu seperti anda, atau sebuah organisasi, seperti syarikat anda, kepada syarikat insurans. Anda atau syarikat anda akan dikenali sebagai pemegang polisi. Syarikat insurans akan menerima bayaran daripada anda dalam bentuk premium dan sekiranya anda mengalami sebarang kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan membayar pampasan kepada anda.


Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru), anda memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan anda menjadi seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan.

PERBEZAAN TAKAFUL & INSURANS